Saturday, April 25, 2009


Pengalaman Pertama Dengan Murid Pemulihan

Pada bulan Mac yang lalu aku dan beberapa orang sahabat telah di tempatkan di Sekolah Kebangsaan Jelutong Barat untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah selama 10 hari. Pelbagai andaian bermain di benakku dan adakah kunjunganku diterima oleh warga sekolah ini atau adakah aku akan dibiarkan dalam keadaan kebingungan dalam keadaan tertanya-tanya kemana arah nak ku tuju. Bagi mendapatkan kepastiaan aku bergegas ke bilik guru. Syukur titik penyelesaian telah ku temui dan segala andaianku adalah meleset kerana kehadiranku dan rakan-rakan ke sekolah ini disambut baik oleh para guru dan murid.